KUCHING: Keunikan Sarawak sebagai wilayah perpaduan jelas terpancar khususnya ketika meraikan sambutan perayaan tanpa mengira kaum.
Sikap saling menghormati diamalkan di wilayah ini mendorong suasana aman dan damai sehingga dijadikan sebagai contoh kepada negeri di seluruh Malaysia.
Susulan itu, Penganjuran Rumah Terbuka Krismas 2024 anjuran Bishop Datuk Danald Jute di Rumah Bishop hari ini mendapat sambutan meriah dalam kalangan masyarakat setempat.
Lebih 500 tetamu terdiri daripada masyarakat pelbagai etnik hadir memeriahkan rumah terbuka tersebut yang bermula seawal 12 tengah hari.
Kesemua tetamu dilayani dengan mesra oleh keluarga Datuk Danald tanpa mengira latar belakang dan perbezaan kaum.
Sementara itu, cuaca cerah pada sebelah pagi menceriakan suasana sambutan perayaan Krismas.
Pun begitu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan diramalkan berlaku pada sebelah petang dan malam, hari ini.






