ARTIKEL

PEMAIN TERBAIK...Pertahanan import KCFC, Gabriel Peres, merakam kenangan bersama dengan trofi Shopee Star of the Match selepas mempamerkan aksi cemerlang ketika mengikat Tampines 2-2 di Stadium Taha Ariffin malam tadi. | Foto: Mohd Alif Noni

Percubaan jarak jauh Peres senjata baharu The Cats

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemain pertahanan Kuching City FC, Gabriel Peres menjadi wira selepas meledak dua gol lewat, sekali gus mengikat Tampines Rovers FC 2-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN Shopee Cup 2026-2027, malam tadi.

Pemain Brazil berusia 29 tahun itu turut dinobatkan sebagai Shopee Star of the Match selepas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-86 sebelum sekali lagi menanduk masuk gol pada minit ke-93 untuk memastikan The Cats meraih satu mata.

Peres bercakap ketika sidang media selepas perlawanan.

Peres berkata, anugerah tersebut bukan miliknya seorang, sebaliknya hasil kerja keras seluruh pasukan dan barisan kejurulatihan.

“Kami bekerja keras setiap hari dan malam ini kami juga bekerja keras.

REBUT… Aksi tangkas Gabriel Peres menjadi ancaman utama di kotak penalti wakil Singapura, Tampines Rovers FC. | Foto: Mohd Alif Noni

Sudah tentu saya mahu menang setiap perlawanan, tetapi inilah bola sepak,” katanya pada sidang media selepas tamat perlawanan.

Menurut Peres, beliau gembira dapat memberikan impak dalam penampilan pertamanya di laman sendiri bersama-sama Kuching City dan berharap dapat mengekalkan prestasi tersebut untuk membantu pasukan dalam perlawanan seterusnya.

GOL… Wira KCFC, Gabriel Peres berjalan ke arah tempat duduk peminat setia The Cats bagi merayakan jaringan gol penyamaan. | Foto: Mohd Alif Noni

Mengulas jaringan pertamanya, Peres berkata beliau memang kerap berlatih melakukan percubaan jarak jauh ketika sesi latihan.

Sementara itu, Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak turut mengakui kemampuan Peres melakukan percubaan dari luar kotak penalti.

Peres Wira, dua gol selamatkan The Cats. | Foto: Mohd Alif Noni

Peres, atau nama penuhnya Gabriel Schmegel Wotter Peres, merupakan pertahanan tengah berketinggian 1.97 meter yang berasal dari Pelotas, Brazil.

Beliau menyertai Kuching City pada Julai lalu selepas sebelum ini beraksi bersama dengan Sabah FC dalam Liga Super Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU