ARTIKEL

TAHAN… Tiga lelaki tempatan yang ditahan dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Marina Phase 2.

Pergaduhan di pusat hiburan, tiga lelaki tempatan ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dalam tempoh kira-kira lima jam selepas laporan polis dibuat, tiga lelaki tempatan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Marina Phase 2, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kejadian itu terbongkar selepas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Miri mengesan rakaman video berdurasi tiga minit tujuh saat yang memaparkan sekumpulan lelaki terbabit dalam pergaduhan di pusat hiburan berkenaan.

“Rakaman yang dimuat naik menerusi laman Facebook Miri Edition itu dikesan polis kira-kira 5 petang, 14 September lalu.

TAHAN… Tiga lelaki tempatan yang ditahan dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Marina Phase 2.

“Susulan penemuan video berkenaan, BSJD Miri membuat laporan polis kira-kira 5.54 petang pada hari sama sebelum usaha mengesan individu yang dipercayai terbabit dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Farhan menambah, hasil risikan dan tindakan pantas, polis menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 32 dan 33 tahun secara berasingan kira-kira 9.50 malam.

Katanya, seorang lagi lelaki tempatan berusia 29 tahun kemudian ditahan kira-kira 11 malam pada hari yang sama.

TAHAN… Tiga lelaki tempatan yang ditahan dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Marina Phase 2.

“Ketiga-tiga suspek ditahan secara berasingan di lokasi berlainan sekitar bandar raya Miri dan dipercayai terbabit dalam pergaduhan seperti yang dirakam dalam video berkenaan.

“Mereka direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya lagi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai, khususnya pengunjung pusat hiburan, supaya menjaga tingkah laku dan mengelakkan sebarang tindakan provokasi atau perselisihan faham yang boleh mencetuskan pergaduhan serta menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, polis tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan pergaduhan atau kekerasan di tempat awam dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat