ARTIKEL

Gambar Hiasan

PERGI TANPA KEMBALI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sayap besi membelah awan nano

membawa harapan ke ceruk pedalaman

Zainol, Ainul, Alexson bersama rakan

Debra dan Jessie, wira kesihatan

Long Lellang saksi sebuah ikrar

apabila takdir menyentap pulang

tugas suci bertukar tragedi berdarah

penerbangan terakhir yang meruntuh jiwa

Tiada lagi kepulangan ke pangkauan

hanya esak tangis menyelubungi sepi

meninggalkan keluarga yang meratap pilu

terbang pergi, takkan kembali lagi

Namun jasa terpahat di liang memori

menjadi obor menyuluhi kegelapan

biarpun jasad kaku dalam lipatan sejarah

semangat mereka tetap hidup selamanya

-Terima kasih Wira Wirawati Kami

BERITA LAIN

TEKANAN RASA

Tekanan rasa bertindih berbahasa rasa kerana beda suasana yang mahal sukar dikenal tekanan rasa penghempapan dahsyat datang dari yang tiada terbiasa lalu diwajah bercerita sedih

RINDU DIBALUT LUKA

“BILA awak nak berubah, Amran? Asyik datang lambat saja!” Suara lembut Cikgu Zuraida akhirnya meletus, memetir lantang di sebalik wajah tenangnya. “Saya bangun lambat, cikgu,”

BERITA TERBARU