ARTIKEL

Perhalusi prosedur projek RM200,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memperhalusi prosedur membabitkan projekprojek kecil berjumlah RM200,000 yang diselia oleh agensi yang lain.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, prosedur yang diperhalusikan itu membabitkan aspek teknikal dan keselamatan.

“Kita perlu perhalusi prosedur dari segi aspek kemampuan teknikal dan keselamatan sebab di peringkat luar daripada JKR, kemampuan mereka mungkin tidak sama.

“Tetapi sebenarnya projek kecil sudah dilaksanakan oleh agensi yang terlibat, sebab itu kita perhalusikan senarai projek kepada agensi lain,” katanya kepada media di kediamannya semasa rumah terbuka Hari Gawai Dayak, di sini.

Turut hadir pada rumah terbuka tersebut, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian serta kenamaan yang lain.

Alexander berkata, satu mesyuarat berhubung penyerahan projek itu akan diadakan dalam masa yang terdekat.

Beliau menjelaskan bahawa projek di bawah RM200,000 adalah berbeza berbanding projek pembangunan RM50 juta untuk Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, bagi projek berjumlah RM50 juta, ia telah pun diserahkan kepada JKR negeri. 

“Apa sahaja projek daripada kementerian ataupun JKR di peringkat Kerajaan Persekutuan, sudah kita lepaskan pelaksanaannya kepada JKR Sarawak,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU