ARTIKEL

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan, berucap pada Konvensyen Perwakilan Wanita, Pemuda, Putera dan Puteri MIC Kebangsaan 2024 di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam.

Perhimpunan Agung MIC akan kemuka resolusi tindakan tegas terhadap pihak main isu agama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kongres India Malaysia (MIC) akan mengemukakan satu resolusi meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang memainkan isu agama, sama ada agama rasmi mahupun lain-lain agama di negara ini.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, berkata perkara itu merupakan antara usul yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung MIC ke-78 pada 15 September ini.

“(Terdapat) dua usul, pertama ialah sokongan kepada pucuk pimpinan MIC yang telah pun dibentang di peringkat negeri sebelum ini.

“Usul kedua pula adalah tentang isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R).

“MIC akan menekankan (isu ini) menerusi resolusi supaya kerajaan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak, tidak kira sama ada mereka sentuh agama rasmi ataupun agama-agama lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat MIC di sini hari ini.

Selain itu, Saravanan berkata isu tentang bantuan kerajaan serta peluang pekerjaan dan pendidikan kepada masyarakat India juga akan turut ditekankan pada ucapan dasar presiden untuk dibahaskan oleh perwakilan pada perhimpunan itu.

Perhimpunan Agung MIC ke-78 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dijangka akan merasmikan perhimpunan tersebut.

Seramai 1,480 perwakilan dan 177 pemerhati dijangka akan menyertai perhimpunan itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU