ARTIKEL

Mia Ghazali ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

“Perkara paling sukar adalah bertahan pada saat terakhir” – Mia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bertahan sehingga saat terakhir menjadi kunci Emylia Lynn Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Mia mempertahankan kelebihan satu mata untuk menewaskan wakil Johor, Damia Husna Azian, 34-33 sekali gus menghadiahkan emas Muay Thai wanita 42-45 kilogram kepada Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, pada Ahad.

Pertarungan akhir yang berlangsung sengit itu menyaksikan kedua-dua petarung saling berbalas serangan, namun Mia kekal tenang ketika berdepan tekanan pada penghujung aksi sebelum keputusan memihak kepadanya.

“Perkara paling sukar adalah bertahan pada saat terakhir,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Menurutnya, kemenangan tersebut membawa makna besar kepadanya, apatah lagi selepas segala usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh latihan akhirnya membuahkan hasil.

“Saya gembira. Kejayaan ini sangat bermakna bagi saya selepas menjalani persiapan intensif selama kira-kira dua bulan,” katanya.

Mia Ghazali ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, hari ini.

Selepas kejayaan di SUKMA, Mia bagaimanapun belum menetapkan secara khusus pertandingan seterusnya, namun mendedahkan beliau mempunyai perancangan untuk beraksi dalam Siam Real Combat (SRC) di Bangkok pada tahun ini.

Pertandingan itu bakal menjadi antara sasaran berikutnya buat Mia ketika beliau meneruskan perkembangan karier dalam Muay Thai selepas mencatat kejayaan penting di pentas SUKMA.

Lebih istimewa, kejayaan Mia turut melengkapkan koleksi emas keluarga Ghazali dalam arena Muay Thai SUKMA.

Elias Ghazali dan Johan ‘Jojo’ Ghazali terlebih dahulu meraih emas pada edisi 2022 sebelum Miki Ghazali meneruskan legasi keluarga itu dengan kejayaan sama pada SUKMA 2024.

Mia kemudian menyempurnakan pencapaian berkenaan dengan emas pada edisi Selangor, sekali gus meneruskan tradisi kecemerlangan keluarga Ghazali dalam sukan berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU