ARTIKEL

RASMI…Sekitar majlis penyerahan skrin LED di SJK(C) Tong Hua, Bintangor baru-baru ini.

Perkasa Pembelajaran Digital Di Luar Bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: SJK(C) Tong Hua, Bintangor kini memasuki fasa pembelajaran yang lebih moden apabila sebuah skrin LED baharu disediakan di dewan baharu sekolah itu, sekali gus menandakan langkah kecil tetapi signifikan ke arah pengajaran berasaskan teknologi.

Majlis penyerahan kemudahan berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Huang Tiong Sii dalam satu majlis yang turut disertai warga sekolah serta komuniti setempat baru-baru ini.

Menurut beliau, teknologi baharu itu bukan sahaja menambah kemudahan fizikal sekolah, malah dijangka mengubah cara penyampaian ilmu di bilik darjah dan dewan sekolah agar lebih menarik serta mudah difahami murid.

“Pembangunan pendidikan perlu bergerak seiring perubahan zaman, khususnya dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan kepada generasi muda,” katanya.

Ahli Parlimen Sarikei itu menambah, usaha memperkukuh kemudahan sekolah merupakan sebahagian daripada tanggungjawab berterusan bagi memastikan pelajar di kawasan luar bandar turut menikmati peluang pendidikan berkualiti.

Katanya, setiap pelaburan dalam sektor pendidikan akan memberi impak besar kepada masa depan negara kerana ia melibatkan pembentukan generasi akan datang.

Majlis tersebut turut menyaksikan penyerahan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000 kepada Lembaga Pengurusan SJK(C) Tong Hua bagi menyokong pelaksanaan aktiviti serta program sekolah sepanjang tahun.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU