KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak diberi mandat untuk menyelaras Jawatankuasa Kebajikan sempena berlangsungnya temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak XXI 2024 yang akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini dan Sukan Para Sukma XXI Sarawak 2024 yang berlansung dari 23 hingga 28 September depan.
Peranan Jawatankuasa Kebajikan adalah menyediakan perkhidmatan
psikososial kepada atlet sepanjang temasya sukan itu berlangsung.
Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti intervensi krisis/ bantuan kecemasan psikologi kepada atlet yang memerlukan.
Seramai 160 petugas kaunselor untuk Sukma XXI Sarawak 2024 dan 80
petugas kaunselor bagi Para Sukma XXI Sarawak 2024 dilantik bagi memastikan
kesejahteraan emosi dan mental atlet terjamin sepanjang temasya sukan ini.
Petugas kaunselor yang dilantik akan ditempatkan di One Stop Centre, bagi
memudahkan para atlet untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh Jawatankuasa Kebajikan.
Petugas Kaunselor akan mengguna pakai Garis Panduan Petugas Kaunselor
Sukma XXI Sarawak 2024 dan Para Sukma XXI Sarawak 2024 yang diubah
suai.
Program ini diadakan bagi memberi latihan kepada petugas kaunselor agar mereka lebih bersedia untuk memberi perkhidmatan terbaik kepadaatlet semasa temasya sukan itu berlangsung.


