ARTIKEL

Bible, agama, patriotisme, perpaduan sosial, literasi agama, Dr Novel Lyndon
Penganalisis politik, Profesor Dr Novel Lyndon.

Perkenalkan semula pembelajaran Bible dan agama lain di sekolah, tingkatkan pemahaman pelbagai agama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak disarankan memperkenalkan semula pembelajaran ‘Bible’ di sekolah sebagai langkah membina literasi agama dan pengetahuan mendalam dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar.

Penganalisis politik, Profesor Dr Novel Lyndon, berkata inisiatif ini boleh menjadi asas kepada keharmonian sosial yang pernah wujud di negeri ini pada era 1950-an dan 1960-an.

“Generasi ketika itu menunjukkan perpaduan sosial yang sangat tinggi.

“Pengenalan semula pembelajaran ini boleh membantu kita membina kembali asas keharmonian tersebut,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurutnya, memahami agama sendiri adalah penting dalam konteks kehidupan manusia yang sering berdepan isu perbezaan seperti warna kulit, etnik, agama dan budaya.

“Justeru, memperkenalkan semula pembelajaran ‘Bible’ bukan sahaja membantu pelajar, tetapi juga ibu bapa untuk memahami agama ini secara mendalam, sekali gus meningkatkan literasi agama masyarakat.

“Cadangan ADUN Bukit Semuja (John Ilus) ini juga disokong untuk membolehkan pelajar memahami agama Kristian dari aspek afektif, kognitif dan psikomotor,” ujarnya.

Dr Novel menambah bahawa pemahaman mendalam tentang agama adalah persediaan penting dalam menghadapi cabaran sentimen serta propaganda berasaskan agama dan etnik yang berpotensi mencetuskan krisis perpaduan sosial.

“Literasi agama, khususnya tentang ‘Bible’ , dapat membantu pelajar mengaplikasikan pemahaman mereka dalam kehidupan harian serta menangani isu-isu ketidaksepaduan etnik,” ujarnya.

Selain itu, beliau mencadangkan agar pembelajaran tentang agama lain turut diperkenalkan di sekolah untuk meningkatkan pemahaman terhadap kepelbagaian agama dan menyemai semangat patriotisme.

“Sarawak adalah model terbaik dalam mempamerkan perpaduan sosial dan kesepaduan, sejajar dengan aspirasi negeri untuk mencapai status maju menjelang 2030,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU