Trending

Perkeso bantu pekerja kena buang atau syarikat tutup

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Sarawak akan mengadakan temuduga terbuka membantu golongan hilang pekerjaan mendapatkan kerja.

Pengarah Perkeso Sarawak, Philip Sangkan berkata program tersebut akan diadakan di ibu pejabat Perkeso Sarawak di sini
pada 12 Mac ini.

“Temuduga terbuka ini untuk mengisi kekosongan tiga majikan terpilih yang terlibat dalam program ini.

“Ini usaha kami untuk membantu orang hilang pekerjaan sama ada diberhentikan atas sebab syarikat tutup dan sebagainya,” katanya.

Philip berkata golongan terbabit juga boleh memohon untuk Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso.

Menurutnya, SIP menawarkan faedah seperti elaun mencari pekerjaan, elaun pendapatan berkurangan, yuran latihan, elaun latihan, elaun bekerja semula awal dan program perkhidmatan pekerjaan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru