ARTIKEL

Kem Kasih Keluarga, Bulan Keluarga Kebangsaan 2024, nilai kekeluargaan, Dr Maziah Che Yusoff
Dr Maziah berucap pada Majlis Penutupan Kem Kasih Keluarga di Pantai Pugu, Lundu.

Perkhemahan keluarga kukuh nilai kekeluargaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Kem Kasih Keluarga sempena Bulan Keluarga Kebangsaan 2024 Peringkat Sarawak berjaya menghimpunkan lebih 1,200 peserta yang mendirikan 300 khemah sepanjang 1.3 kilometer di Pantai Pugu, di sini.

Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Maziah Che Yusoff, memuji penganjuran program itu yang berjaya menyemarakkan nilai kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.

Dr Maziah menyampaikan hadiah kepada pemenang peraduan video memasang khemah terbaik sempena Kem Kasih Keluarga berkenaan.

“Program seperti ini amat signifikan kerana ia memperkukuh nilai kekeluargaan dan kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan NGO.

“Ini selari dengan strategi kementerian untuk mendukung kesejahteraan keluarga melalui pelbagai program dan polisi seperti pembangunan keibubapaan, sokongan ibu bekerja, dan penjagaan kanak-kanak serta warga emas,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan program tersebut, hari ini.

Beliau turut menekankan pentingnya usaha berterusan untuk memperkukuhkan institusi keluarga melalui pelbagai inisiatif di semua peringkat masyarakat.

Jelasnya, kem ini berkonsepkan ‘K.A.S.I.H family vacation’ dengan gabungan pendidikan dan hiburan.

Katanya, aktiviti yang dianjurkan merangkumi kerohanian, kemasyarakatan, kesihatan, kesenian, dan Kebudayaan.

Setiap aktiviti direka khas untuk mengukuhkan hubungan keluarga dan memberikan pengalaman bermakna kepada peserta.

“Selain itu, kawasan perkhemahan dibahagikan kepada tiga zon utama, dinamakan berdasarkan nilai ke kekeluargaan, iaitu Kasih Sayang, Harmoni, dan Sihat.

“Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, antaranya Malam Kesenian Rasa Sayang, Wayang Pacak, serta pertandingan seperti Khemah Tercantik dan Istana Pasir Tercantik,” ujarnya.

Dr Maziah berharap program ini menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk mempertingkatkan kualiti hidup keluarga dan membina masyarakat yang lebih kukuh serta harmoni.

“Saya yakin usaha seperti ini mampu meningkatkan kesejahteraan keluarga di seluruh lapisan masyarakat,” tambahnya.

Program ini dianjurkan oleh LPPKN Negeri Sarawak dengan kerjasama pelbagai agensi, yang menonjolkan semangat kekeluargaan yang inklusif dan harmoni.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU