ARTIKEL

Perkongsian faedah beri peluang lima komuniti Bidayuh, Lun Bawang, Kelabit tingkatkan pendapatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu Majlis Menandatangani Perjanjian Perkongsian Faedah telah termetrai antara Majlis Biodiversiti Sarawak bersama dengan Ketua Komuniti yang diadakan di Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC) hari ini.

Lima komuniti yang terlibat ialah dari etnik Bidayuh dari Kampung Kiding Padawan, etnik Lun Bawang dari Long Telingan dan Long Kerebangan Lawas dan entik Kelabit dari Pa’ Ukat dan Pa’Lungan.

Menurut satu kenyataan media, SBC telah menjadi agensi pertama di Malaysia dalam mengimplimentasikan Protokol Nagoya dalam memberi akses dan faedah perkongsian terhadap sumber genetik dan ilmu tradisional terhadap penduduk asli melalui penggunaan biodiversiti yang lestari.

Pengerusi Majlis Sarawak Biodivesity Datuk Amar Wilson
Baya Dandot menjelaskan Kerajaan Sarawak telah mewujudkan peruntukan akses dan perkongsian faedah dalam SBC Ordinan 1997.

“Melalui perkongsian faedah ini ia akan memberi peluang sosio ekonomi kepada komuniti selain memberi sumber pendapatan dan dapat meningkatkan taraf hidup komuniti yang terlibat,

“Ini selaras dengan visi Kerajaan Sarawak untuk beralih dari industri tradisional ke ekonomi alternatif melalui sains dan teknologi kini, katanya.

Terkini pihak SBC juga melaksanakan program Dokmentasi Pengetahuan Tradisional serta Projek Litsara bersama dengan komuniti yang terlibat.

Turut hadir mewakili Jabatan Peguam Negara Joseph Chioh, Setiausaha Kerajaan Negeri Hock Hua Nicholas Sia, mewakili Timbalan Setiausaha Negeri (transformasi sosio ekonomi), Lo Sheau Sia dan beberapa ahli Majlis Sarawak Biodivesiti yang lain.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU