ARTIKEL

Jerip ketika berucap pada Majlis Perasmian Bilik Gerakan JKKK dan Projek Infrastruktur Awam serta Sambutan Pra-Gawai 2026 Kampung Biya Kakas di Balai Raya Kampung Biya Kakas, di sini, semalam.

Perkukuh Agenda Pembangunan Luar Bandar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh agenda pembangunan luar bandar menerusi peruntukan sebanyak RM200,000 di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2027 bagi kerja menaik taraf Balai Raya Kampung Biya Kakas, dekat sini.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Udara dan Jalan) merangkap ADUN Mambong, Datuk Dr. Jerip Susil berkata peruntukan itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kemudahan asas di kawasan luar bandar terus dipertingkat demi kesejahteraan rakyat.

Katanya, Kampung Biya Kakas sebelum ini turut menerima manfaat pembangunan menerusi pelaksanaan projek infrastruktur bernilai RM300,000 yang siap sepenuhnya.

“Antara projek yang berjaya dilaksanakan termasuklah menaik taraf sistem bekalan air graviti serta pembinaan baharu bilik gerakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Bilik Gerakan JKKK dan Projek Infrastruktur Awam serta Sambutan Pra-Gawai 2026 Kampung Biya Kakas di Balai Raya Kampung Biya Kakas, di sini, semalam.

Tambahnya, beberapa projek seperti pembangunan jalan raya berskala besar sedang dan bakal dilaksanakan di kawasan sekitar iaitu projek pembinaan jalan ke Kampung Jabir bernilai RM24 juta dan Kampung Sapit bernilai RM20 juta.

Menurutnya, ia juga termasuk projek jalan Kampung Kiding bernilai RM10 juta yang kini berada dalam proses tender sebelum dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan kemudahan asas merupakan pemangkin dalam meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar,” ujarnya.

Dalam hal berkaitan, beliau turut menggalakkan penduduk memanfaatkan potensi sektor pertanian dan pelancongan yang dilihat mampu menjadi sumber ekonomi baharu kepada komuniti setempat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan sambutan Pra-Gawai yang mengetengahkan adat dan budaya masyarakat Bidayuh Biya menerusi persembahan tarian tradisional dan permainan gong.

Program yang dihadiri kira-kira 150 penduduk itu bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti, malah menjadi platform penting dalam memelihara warisan budaya masyarakat setempat agar terus relevan dalam kalangan generasi muda.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,