ARTIKEL

Awang Tengah mempengerusikan mesyuarat khas BIHAS 2026.

Perkukuh industri halal Sarawak dalam landskap global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Borneo International Halal Showcase (BIHAS) 2026 berpotensi menjadi platform strategik dalam memperkukuh kedudukan Sarawak dalam landskap industri halal global apabila pelaksanaannya dirancang secara menyeluruh dan berfokus.

Timbalan Premier Sarawak, Awang Tengah Ali Hasan hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengelola BIHAS 2026 bagi meneliti perkembangan terkini serta hala tuju pelaksanaan program berkenaan.

Mesyuarat tersebut memberi ruang kepada ahli jawatankuasa membentangkan perincian pengisian program serta strategi promosi, selain mendapatkan pandangan dan nasihat beliau selaku pengerusi.

Menurut Awang Tengah, penganjuran BIHAS 2026 perlu dilaksanakan dengan perancangan rapi dan penyelarasan menyeluruh melibatkan semua agensi terlibat.

“BIHAS 2026 bukan sekadar platform mempamerkan produk dan perkhidmatan halal, tetapi perlu menjadi medan strategik untuk menarik pelaburan, memperluas rangkaian pasaran serta membuka peluang kerjasama baharu,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pengelola BIHAS 2026 di sini, hari ini.

Tambah beliau, aspek logistik dan kesiapsiagaan operasi perlu diberi perhatian serius bagi memastikan kelancaran program sepanjang berlangsungnya acara tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara agensi kerajaan dengan pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar secara profesional.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU