ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif SFC Abang Arabi Abang Aimran (empat kanan) menyampaikan cenderamata kepada Abdullah Julaihi sempena majlis makan malam MCC 2026, semalam. - Gambar Ghazali Bujang

Perkukuh kerjasama lindungi khazanah alam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Matlamat pemuliharaan alam sekitar tidak dapat dicapai oleh mana-mana organisasi secara bersendirian, sebaliknya memerlukan perkongsian pengetahuan, pertukaran data dan kerjasama pelbagai pihak.

Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak (MUDeNR), Datu Abdullah Julaihi menyifatkan 25 kertas teknikal dan pelbagai poster penyelidikan yang dibentangkan pada Persidangan Pemuliharaan Malaysia (MCC) 2026 membuktikan minat yang tinggi untuk bekerjasama dalam usaha melindungi alam sekitar.

“Cabaran alam sekitar tidak terhenti di sempadan negeri atau menjadi tanggungjawab satu institusi sahaja.

“Ia memerlukan kita berkongsi pengetahuan, bertukar data dan bekerjasama,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam MCC 2026 di sini, semalam.

Persidangan itu menghimpunkan lebih 200 delegasi daripada 37 organisasi di seluruh Malaysia, terdiri daripada para penyelidik, ahli akademik, wakil Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), para pemerhati serta rakan pembangunan strategik.

Dianjurkan oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dengan kerjasama Jabatan Hidupan Liar Sabah, Taman-Taman Sabah dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), persidangan bertemakan ‘Memperkasa Pemuliharaan Melalui Ekonomi Hijau’ itu memberi tumpuan kepada lima bidang strategik, iaitu pemuliharaan biodiversiti dan penggunaan secara mampan; ekonomi kitaran; pelaksanaan pemuliharaan; perubahan iklim dan alam semula jadi serta
pembiayaan pemuliharaan.

Sehubungan itu, Julaihi berharap persidangan itu akan menjadi platform terbaik kepada semua delegasi terlibat untuk saling berkongsi idea serta hubungan profesional, sekali gus menghasilkan resolusi rasmi yang akan diterima pakai pada penghujung persidangan.

“Kepada semua delegasi yang datang dari pelbagai tempat untuk menyertai persidangan ini, saya berharap anda akan memanfaatkan peluang ini untuk mengambil bahagian dalam perbincangan yang bermakna,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan kepada para penaja korporat, pemerhati serta rakan-rakan universiti di atas sokongan dalam memperkukuh nilai saintifik dan praktikal MCC.

“Ia juga membantu memastikan setiap perbincangan kita disokong oleh maklumat yang boleh dipercayai dan mampu diterjemahkan kepada tindakan yang nyata,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira