ARTIKEL

Norhayati semasa berucap pada perasmian fasiliti SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS): Transformasi Pengurusan Sisa Lestari.

Perkukuh pengurusan sisa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Penyediaan kemudahan SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS) di premis Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Bintulu-Tatau dilihat sebagai satu langkah progresif dalam memperkukuh pengurusan sisa, khususnya sisa makanan.

Pengerusi Negeri PPWS, Datuk Norhayati Mohd Ismail berkata, inisiatif tersebut bukan sahaja memberi penekanan kepada pengurangan sisa, malah berfungsi sebagai platform pendidikan komuniti dalam mempromosikan pengkomposan dan pengurusan sisa yang lebih sistematik.

Norhayati menyampaikan cenderahati kepada Pengurus Besar BDA, Datuk Muhamad Yakup Kari.

Menurut beliau, isu pengurusan sisa makanan kini semakin mencabar dan memerlukan pendekatan bersepadu melibatkan pelbagai pihak bagi memastikan kelestarian alam sekitar terus terpelihara untuk generasi akan datang.

“Fasiliti SisaSMART@Bintulu ini merupakan satu langkah progresif dalam usaha kita menangani isu pengurusan sisa, khususnya sisa makanan, yang semakin mencabar pada masa kini.

“Inisiatif ini bukan sahaja memberi penekanan kepada pengurangan sisa, malah turut mendidik masyarakat tentang kepentingan amalan kitar semula, pengkomposan serta gaya hidup lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian fasiliti SisaSMART@Bintulu (BDA-PPWS): Transformasi Pengurusan Sisa Lestari yang disempurnakan oleh Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Datuk Muhamad Yakup Kari di premis PPWS Daerah Bintulu-Tatau pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berharap kemudahan berkenaan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat, khususnya ahli PPWS di Bintulu dan Tatau, sebagai pusat pembelajaran dan rujukan amalan terbaik dalam pengurusan sisa secara lestari.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira