ARTIKEL

Mesra... Abang Johari menyantuni penduduk yang hadir semasa Pesta Besaug Dalat, hari ini.

Perlumbaan Pesta Besaug meriah, Rasa Sayang naik podium juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Pasukan Rasa Sayang muncul juara bagi kategori 30 Pekayuh Lelaki Pecut Saringan B sempena Pesta Besaug Dalat, hari ini.

Naib juara dimenangi oleh pasukan Lagenda Cahaya Kekal, manakala tempat ketiga ialah Bintulu Port Warisan Gemilang Satu.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah hadir merasmikan Pesta Besaug Edisi Ke-8 Tahun 2025 di Tebingan Sungai Dalat.

Sebagai simbolik perasmian, beliau melepaskan perlumbaan perahu bagi kategori 30 Pekayuh Lelaki Pecut Saringan B.

Penyampaian hadiah turut disempurnakan oleh Abang Johari dan disaksikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Residen Bahagian Mukah, Datuk Kueh Lei Poh.

Pesta Besaug diadakan dua tahun sekali dan diselang-selikan dengan Karnival Balau Dalat.

Pada edisi akan datang, Pesta Besaug Dalat dijangka tampil pembaharuan dengan memperkenalkan kategori perlumbaan bot menggunakan enjin hidrogen.

Justeru, dengan pembaharuan tersebut, ia bakal menarik lebih ramai pengunjung sekali gus memperkenalkan Dalat kepada orang ramai.

Rasmi… Abang Johari menyempurnakan simbolik perasmian dengan melepaskan kategori 30 Pekayuh Lelaki Pecut Saringan B.
Mesra… Abang Johari menyantuni penduduk yang hadir semasa Pesta Besaug Dalat, hari ini.
Mesra… Abang Johari menyantuni penduduk yang hadir semasa Pesta Besaug Dalat, hari ini.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha