KUCHING: Seramai 139,925 anak Sarawak telah memiliki akaun Endowment Fund Sarawak (EFS) dengan jumlah peruntukan RM139.9 juta dari 1 Januari 2019 hingga 31 Mac lepas.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Datuk Seri Fatimah Abdullah, menyatakan bahawa jumlah kelahiran bagi tahun 2024 berstatus ‘K’ adalah 29,413, dengan permohonan EFS diterima sebanyak RM21,221, iaitu 72 peratus.
“Setakat bulan Mac 2025, terdapat 6,780 kelahiran dan permohonan melalui Affin Bank sebanyak 23%, bersamaan RM1,580,” katanya dalam sidang media sempena Mesyuarat Jawatankuasa EFS.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah meluluskan pelantikan Affin Bank Berhad untuk mengurus EFS 2.0 selama lima tahun.
Permohonan bagi kelahiran yang bermula 1 Januari 2025 kini boleh dibuat di 49 cawangan JPN Sarawak secara manual. KPWK mensasarkan proses permohonan atas talian bermula Julai 2025.



