ARTIKEL

Permohonan reman tujuh warga asing ditolak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Mahkamah Majistret Semuja di sini, hari ini, menolak permohonan reman bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap tiga warga Myanmar dan empat warga India yang disyaki melanggar Undang-Undang Imigresen.

Penolong Pegawai Kanan Juhari Bujang menolak permohonan reman lanjut yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Rizal Malek.

Selain itu, Juhari juga memerintahkan tujuh warga asing yang berusia 20 tahun hingga 25 tahun itu dihantar pulang ke tanah air masing-masing.

Menurut Juhari, warga asing tidak boleh ditahan bagi tempoh yang tidak ditentukan kerana ia akan menjejaskan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara terbabit.

Terdahulu, kesemua suspek itu ditahan di sebuah hotel bajet di Jalan Ban Hock, Kuching, sekitar jam 1.30 petang pada 7 Mac lepas.

Kesemua suspek telah dibawa ke hadapan Juhari untuk permohonan tahanan reman selama 14 hari mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63.

Dua warga India daripada tujuh suspek itu diwakili peguam Russell Lim, Jong Yee Ling, Christopher Ho dan Brendan Ting.

Semasa prosiding, Russell dalam hujahnya berkata ia adalah tidak adil bagi suspek warga asing ditahan secara berterusan bagi tempoh yang lama selain tidak boleh merampas kebebasan peribadi untuk sesuatu tempoh yang tidak ditentukan sementara polis menjalankan siasatan.

“Saya percaya siasatan yang dijalankan tanpa suspek berada dalam tahanan dan pembebasan mereka tidak menjejaskan siasatan dalam apa cara sekalipun,” hujahnya.

Manakala, lima suspek yang lain tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)