ARTIKEL

Mohamad Sabu bercakap pada sidang media bersama Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas menghadiri perasmian Sarawak Agrofest 2026 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Isnin.

Permohonan tambahan RM1 bilion pembangunan padi Sarawak akan dibawa ke Kabinet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Permintaan tambahan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi pembangunan sektor padi Sarawak akan dibawa ke Kabinet untuk pertimbangan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata peruntukan tambahan itu penting bagi memperkukuh pembangunan industri padi di Sarawak, sekali gus meningkatkan pengeluaran beras negeri itu yang mampu menyumbang kepada peningkatan tahap sara diri (SSL) beras negara.

Menurutnya, pembangunan sektor padi Sarawak perlu diperkasakan menerusi peluasan kawasan penanaman berskala besar, penggunaan teknologi moden serta pendekatan pertanian yang lebih produktif, memandangkan sebahagian pengeluaran ketika ini masih diusahakan secara kecil-kecilan.

“Padi ini kita kena lebih kuat kerana masih lagi diusahakan secara kecilan dan teknologi lapangan itu penting.

“Penekanan Premier Sarawak mengenai teknologi moden itu cukup penting.

Kalau kita tidak berpindah kepada teknologi moden, kita amat sukar untuk mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus SSL dalam masa tujuh hingga lapan tahun yang akan datang,”ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perasmian Sarawak Agrofest 2026 di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu pada Isnin.

Beliau berkata pembangunan industri padi juga perlu disokong penyelidikan berkaitan benih yang bersesuaian dengan keadaan tanah dan persekitaran tempatan bagi memastikan hasil tanaman lebih produktif.

Menurutnya, antara usaha yang dirancang termasuk pembangunan makmal di Kuala Baram serta kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan saintis bagi mengenal pasti benih padi yang sesuai untuk kawasan penanaman tertentu.

Tambahnya, keutamaan pembangunan sektor padi adalah untuk memastikan pengeluaran dapat memenuhi keperluan pasaran domestik terlebih dahulu sebelum lebihan hasil dipasarkan ke luar.

Beliau turut menekankan kepentingan menarik lebih ramai golongan muda menyertai sektor agromakanan bagi memastikan industri itu terus berkembang sebagai sektor moden, produktif dan berdaya saing.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat