ARTIKEL

Permohonan turun kandungan media sosial lindungi rakyat daripada maklumat salah – Teo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Sebarang permohonan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kepada penyedia platform untuk menurunkan kandungan di media sosial dibuat untuk melindungi rakyat daripada dipengaruhi maklumat yang salah.


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kerajaan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap akaun media sosial mana-mana individu termasuk ahli politik pembangkang yang mengkritik kerajaan.


Katanya, memang betul kementerian melalui MCMC ada mengemukakan permintaan kepada penyedia platform seperti Meta ataupun TikTok untuk menurunkan kandungan yang mempunyai berita palsu ataupun berelemen penipuan.


Ia adalah untuk melindungi hak rakyat supaya rakyat jelata tidak dipengaruhi oleh maklumat yang salah.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan tidak berkompromi ke atas segala bentuk anasir dan provokasi agama serta perkauman.


Menurutnya tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan provokasi berkaitan isu sensitif khususnya agama dan kaum.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU