KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan pusat latihan kemahiran sesi akademik 2024/2025 kini dibuka.
Fasa pertama dibuka pada hari Khamis iaitu 29 Februari 2024.
Pembelian nombor pin UPUOnline boleh dilakukan 350 cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), mesin ATM dan Perbankan Internet myBSN..
Pemohon juga diminta slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.
Maklumat lanjut berhubung dengan permohonan UPUOnline ini boleh melayari laman sesawang https://upu.mohe.gov.my/


