ARTIKEL

Screenshot

Permulaan Perlumbaan GP Bahrain Di Malaysia 2026 Dilewatkan – Formula 1

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain Formula 1 (F1) di Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang di sini, telah dilewatkan permulaannya hari ini.

Perlumbaan tersebut dilewatkan permulaannya akibat hujan yang melanda litar ikonik Malaysia itu.

“Kawalan perlumbaan: Permulaan Grand Prix akan dilewatkan,” maklum Formula 1 di platform Threads.

Perlumbaan itu sepatutnya bermula pada pukul 3 petang ini, namun ia masih belum bermula ketika berita ini ditulis.

Pada bulan Julai, Formula 1 mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain dari 2 hingga 4 Okt, susulan perjanjian antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan Malaysia dan Bahrain.Perjanjian itu berjaya mengekalkan GP Bahrain di dalam kalendar F1 2026 selepas perlumbaan tersebut dibatalkan pada awal musim ini akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah GP Malaysia di SIC dari tahun 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada kalendar F1.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira