ARTIKEL

Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berucap pada perasmian Anjung Usahawan dan Taman Perindustrian Sematan. Foto Mohd Alif Noni

Perpaduan, kestabilan asas pembangunan Sarawak – Awang Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEMATAN: Perpaduan rakyat berbilang kaum dan kestabilan politik menjadi asas penting untuk memastikan Sarawak terus maju serta menikmati pembangunan yang menyeluruh.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kekuatan negeri ini terletak pada keupayaan rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya untuk hidup harmoni dan bekerjasama demi kepentingan bersama.

Perbezaan latar belakang bukan penghalang kepada usaha membina masa depan Sarawak yang lebih makmur, aman dan sejahtera.

“Walaupun kita berbeza dari segi agama, kaum, budaya, adat resam dan bahasa, namun kita tetap satu. Kita semua rakyat Sarawak dan inilah kekuatan kita,” katanya ketika berucap pada perasmian Anjung Usahawan dan Taman Perindustrian Sematan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kestabilan dan kerjasama rakyat membolehkan kerajaan melaksanakan perancangan pembangunan, termasuk memperluas peluang ekonomi serta meningkatkan kualiti hidup masyarakat di bandar dan luar bandar.

Belanjawan Sarawak 2027 menyediakan ruang untuk meneruskan pelbagai inisiatif, termasuk pembangunan infrastruktur, perindustrian dan keusahawanan bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dinikmati semua.

Awang Tengah berkata, transformasi ekonomi perlu diteruskan bagi menyediakan peluang lebih baik kepada generasi akan datang.

“Kita mahu Sarawak hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini. Kita mahu mewariskan Sarawak kepada anak cucu kita sebagai sebuah negeri yang lebih makmur, selamat, aman, damai dan bersatu padu,” katanya.

Mengulas mengenai pilihan raya, beliau berkata, penentuan tarikh pilihan raya tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa perpaduan rakyat dan kerjasama berterusan penting bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan demi kesejahteraan bersama.

BERITA LAIN

Anjung Usahawan Sematan perkukuh peluang PKS tempatan

SEMATAN: Pembukaan Anjung Usahawan dan Taman Perindustrian Sematan dijangka memperluas peluang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengembangkan perniagaan serta meraih manfaat daripada kemasukan pelaburan

BERITA TERBARU

Anjung Usahawan Sematan perkukuh peluang PKS tempatan

SEMATAN: Pembukaan Anjung Usahawan dan Taman Perindustrian Sematan dijangka memperluas peluang perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan mengembangkan perniagaan serta meraih manfaat daripada kemasukan pelaburan