ARTIKEL

PERSEMBAHAN G-DRAGON DIKECAM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEMUNCULAN semula G-Dragon di pentas Anugerah MAMA 2025 yang sepatutnya menjadi detik paling gemilang buat legenda K-pop itu bertukar menjadi perdebatan hangat di media sosial.

Persembahannya tular sejurus acara tamat.

Namun, bukan atas sebab yang membanggakan.

Pada malam kedua anugerah berprestij itu, G-Dragon bukan sahaja meraih trofi utama Artist of the Year, malah mempersembahkan set berdurasi 15 minit yang menghimpunkan lagu baharu daripada album Übermensch serta beberapa lagu hit lamanya.

Namun, kemunculan itu mencetuskan reaksi bercampurbaur dalam kalangan peminat dan rakyat Korea Selatan.

Ramai meluahkan rasa kecewa terhadap mutu persembahannya, khususnya kerana kekurangan nyanyian secara langsung.

Orang ramai mendakwa vokal G-Dragon tenggelam di sebalik penggunaan realiti terimbuh (AR) yang terlalu ketara sepanjang persembahan.

Di platform forum seperti Pann, topik mengenai persembahan tersebut terus tular dengan komen yang rata-ratanya mengkritik aksi legenda Big Bang itu.

Ada yang menyifatkannya sebagai ‘memalukan’ dan tidak setanding dengan standard acara antarabangsa seperti MAMA.

Sesetengah komen turut mendakwa G-Dragon sudah lama bergantung pada AR untuk menutup kelemahan vokalnya, malah ada yang berpendapat lebih baik jika penyanyi itu memilih untuk membuat penyegerakan bibir (lip-sync) sahaja.

Lebih kontroversial, kemenangan Daesang yang diterimanya turut menjadi perdebatan hangat.

Sebahagian orang ramai merasakan anugerah itu tidak selari dengan prestasi yang dipamerkan di pentas, sekali gus mencetuskan perbincangan berpanjangan mengenai kredibiliti keputusan tersebut.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu