ARTIKEL

Asfia ditemui selepas merasmikan Seminar Kenegaraan Aku Kasih Malaysia: Pimpinan Belia Negeri Sarawak di Kompleks DUN Sarawak, Kuching, hari ini.

Persidangan DUN Sarawak penggal ke-19 bakal berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 21 Oktober ini akan menjadi persidangan terakhir bagi penggal ke-19.

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, agenda dan urusan persidangan akan dimaklumkan dalam sidang media yang akan diadakan sehari sebelum persidangan bermula.

“Ini sudah tentu merupakan persidangan DUN terakhir kerana selepas itu tempoh DUN Sarawak akan berakhir.

Seperti biasa, saya akan mengadakan sidang media berkaitan sehari sebelum persidangan bermula,” katanya.

“Dan seperti yang anda semua tahu, tarikh persidangan sudah didedahkan, bukan oleh Setiausaha DUN atau saya, tetapi oleh pihak pembangkang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kenegaraan Aku Kasih Malaysia: Pimpinan Belia Negeri Sarawak di Kompleks DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Sementara itu, apabila ditanya sama ada terdapat rang undang-undang baharu atau pindaan yang akan dibentangkan, Asfia berkata pihaknya belum menerima makluman daripada Kerajaan Sarawak mengenai perkara tersebut setakat ini.

“Pejabat saya belum menerima sebarang rang undang-undang daripada kerajaan, belum lagi,” jelasnya ringkas.

Berdasarkan Perlembagaan Negeri Sarawak, penggal ke-19 DUN Sarawak yang bermula pada 14 Februari 2022 mempunyai tempoh maksimum lima tahun dan akan terbubar secara automatik pada 14 Februari 2027 sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong dalam hantaran di media sosialnya berkongsi bahawa persidangan DUN Sarawak akan berlangsung dari 12 hingga 21 Oktober 2026.

Ujar Violet yang juga Setiausaha Organisasi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak, selepas itu DUN bakal dibubarkan dan beliau menjangkakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan pada bulan November.

PRN perlu diadakan dalam tempoh yang ditetapkan selepas pembubaran DUN.

Namun, tarikh pembubaran lebih awal dan tarikh PRN masih bergantung kepada keputusan serta proses perlembagaan yang berkaitan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU