ARTIKEL

Dr. Sim ketika menyampaikan ucapan sebelum merasmikan Persidangan Kardiologi Borneo sempena ulang tahun ke-25 Pusat Jantung Sarawak (MOHD ALIF NONI)

Persidangan Kardiologi Borneo Jadi Platform Kumpul Pakar Jantung Serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persidangan Kardiologi Borneo menjadi platform penting menghimpunkan pakar jantung dari dalam dan luar negara, sekali gus meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan Pusat Jantung Sarawak yang kini diiktiraf di peringkat Asia Pasifik.

Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, persidangan ini bukan sekadar acara ilmiah, sebaliknya menjadi simbol penghargaan kepada semua pihak yang membangunkan perkhidmatan kardiologi di Sarawak sejak lebih dua dekad lalu.

“Dalam tempoh 25 tahun, Pusat Jantung Sarawak berkembang daripada sebuah pusat rawatan kepada institusi kepakaran yang bukan sahaja merawat pesakit, tetapi turut melatih tenaga perubatan termasuk doktor, jururawat dan paramedik.

“Kita bukan sahaja merawat pesakit, tetapi turut melatih tenaga kesihatan yang menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan jantung di Sarawak dan juga rantau ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan tersebut, hari ini.

Beliau berkata, pada peringkat awal penubuhannya, Pusat Jantung Sarawak berdepan pelbagai cabaran termasuk persepsi masyarakat dengan kemampuan perkhidmatan kesihatan tempatan. Namun, kini ia membuktikan keupayaannya dan mendapat pengiktirafan luas.

Katanya, kejayaan ini turut disokong melalui kerjasama pakar dari dalam dan luar negara termasuk Indonesia serta Australia, yang membantu memperkukuh pembangunan kepakaran tempatan.

Sementara itu, beliau berkata Sarawak kini bukan sahaja memberi tumpuan kepada rawatan, tetapi turut memperkukuh aspek latihan bagi melahirkan lebih ramai pakar kardiologi pada masa hadapan.

Dr. Sim berkata, perkembangan ini selaras dengan usaha Sarawak memperluas akses rawatan jantung ke seluruh negeri melalui pembangunan pusat jantung satelit di Bintulu, serta perancangan di Miri dan Sibu.

“Selepas Kuching, kita sudah mulakan di Bintulu dan akan diteruskan ke Miri dan Sibu supaya rakyat tidak perlu bergantung di satu lokasi sahaja untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU