ARTIKEL

Steven Kong Kai Seng mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing memukul gong merasmikan Persidangan Sumbing Sarawak 2026 dan Karnival Kesedaran Sumbing Sarawak 2026 di sebuah hotel di Bintulu.

Persidangan Sumbing Sarawak 2026 Tekankan Penjagaan Menyeluruh Pesakit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kerjasama menyeluruh antara pakar perubatan, petugas kesihatan, keluarga dan masyarakat penting bagi memastikan kanak-kanak yang dilahirkan dengan sumbing bibir atau lelangit mendapat akses kepada rawatan berkualiti serta sokongan berterusan sepanjang proses pemulihan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata penjagaan pesakit sumbing memerlukan pendekatan bersepadu yang merangkumi kepakaran perubatan, sokongan keluarga dan penerimaan masyarakat.

Steven menerima cenderahati daripada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur persidangan dan karnival berkenaan, Dr Adriana Sigang Langat.

Beliau berkata tema Persidangan Sumbing Sarawak 2026, iaitu “Harmony in Cleft Care”, menekankan kepentingan kerjasama pelbagai pihak bagi memastikan pesakit menerima rawatan, penjagaan dan sokongan sewajarnya.

“Di sebalik kepakaran dan perkhidmatan kesihatan yang disediakan, kasih sayang serta sokongan berterusan daripada keluarga dan masyarakat turut memainkan peranan penting dalam membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang disampaikan Pegawai Tugas-Tugasnya, Steven Kong Kai Seng, pada Persidangan Sumbing Sarawak 2026 dan Karnival Kesedaran Sumbing Sarawak 2026 di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Tiong berkata persidangan yang dianjurkan dengan kerjasama Hospital Bintulu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan pelbagai pihak berkepentingan itu menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman serta amalan terbaik dalam usaha meningkatkan mutu penjagaan pesakit sumbing.

Katanya, usaha memperluas akses kepada rawatan khusus perlu terus diperkukuh, terutama bagi keluarga yang menetap di kawasan luar bandar dan pedalaman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU