ARTIKEL

Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah Terbuka Bintulu Mac ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kelab Bolasepak Putra Tiger Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Bintulu (BiFA) akan menganjurkan pertandingan Bolasepak 9 Sebelah Terbuka Bintulu Piala YB Majang Anak Renggi 2020 pada 14 dan 15 Mac depan bertempat di padang bola sepak.

Pengarah program pertandingan Damie Ukar berkata penyertaan terbuka kepada semua peminat dan pasukan yang berminat dengan yuran penyertaan sebanyak RM200 dikenakan bagi setiap pasukan.

Bagaimanapun, katanya, penyertaan hanya terhad kepada 20 pasukan sambil menambah sbarang pertanyaan boleh diperolehi dengan menghubungi Zulfikrie Azmi di talian 011-35692755, Intan Wahida (011-14096479) dan Melisa May(013-5630225).

Menurut Damie lagi, johan bakal membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta piala dan medal, naib johan pula bakal menerima wang tunai berjumlah RM800 berserta medal dan RM300 juga serta medal bagi pemenang tempat ketiga bersama.

Beliau, dalam pada itu, mempelawa orang ramai khususnya peminat sukan bola sepak untuk sama- sama memeriahkan acara pertandingan yang bakal diadakan pada tarikh tersebut kelak.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha