ARTIKEL

Harbi (enam kanan) merakam kenangan bersama-sama pemenang Pertandingan Layang-Layang Putus Talinya, baru-baru ini.

Pertandingan Layang-Layang Putus Talinya: Smagel Dinobatkan Sebagai ‘Raja Langit’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALINGIAN: Pasukan Smagel dari Indonesia dinobatkan sebagai ‘Raja Langit’ dalam Pertandingan Layang-Layang Putus Talinya di Balingian Waterfront, baru-baru ini.

Meskipun tumpas dalam kategori terbuka, namun Smagel berjaya merangkul gelaran tersebut setelah layang-layangnya kekal terbang menumpaskan 15 peserta lain pada kategori Raja Langit, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100.

Bagi kategori terbuka bertanding secara kalah mati, johan dimenangi oleh On-u, naib johan Udin BKF, tempat ketiga ialah XPander dan keempat Mirul 69 KF.

Pemenang bagi kategori terbuka membawa pulang hadiah wang tunai RM700, naib johan RM500 dan ketiga RM300. Kesemua mereka turut menerima hamper.

Hadiah sagu hati pula dimenangi oleh Serian KF, Smagel dan Bosku.

Hadiah merupakan sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balingian Abdul Yakub Arbi, manakala hadiah Raja Langit sumbangan peribadi Penghulu Harbi Baker.

Menurut Harbi, pertandingan itu diadakan sempena cuti Hari Gawai dan Hari Raya Aidiladha.

“Ia juga untuk menggalakkan penduduk tempatan beriadah dengan aktiviti sihat semasa cuti bagi kedua-dua sambutan ini.

“Pertandingan ini dapat memupuk semangat silaturahim antara penduduk berbilang bangsa dan agama di Balingian,” katanya.

Terdahulu, pertandingan terbuka ini merupakan anjuran Kelab Layang-Layang Balingian.

Ia mendapat sambutan menggalakkan, disertai 16 peserta termasuk kelab layang-layang dari Bintulu iaitu KFG Bintulu dan Serian KF.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha