ARTIKEL

Pertandingan memasak sempena Program Sarawakku Sayang pada 23 Mei ini di Bintulu Kitchen pada 23 Mei ini.

Pertandingan Masakan Tradisional Meriahkan Program Sarawakku Sayang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Keunikan masakan tradisional pelbagai kaum di Sarawak bakal diketengahkan menerusi Pertandingan Memasak Masakan Kampung dan Tradisional sempena Program Sarawakku Sayang 2026 yang dijadual berlangsung pada 23 Mei ini.

Program yang akan diadakan di Bintulu Kitchen, tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu bermula 2 petang itu dijangka menjadi platform dalam mempromosikan warisan kulinari tempatan serta mengukuhkan perpaduan masyarakat menerusi makanan tradisional.

Mengangkat tema ‘Cita Rasa Sarawak, Warisan Kita’, pertandingan tersebut terbuka kepada penyertaan berkumpulan membabitkan dua peserta bagi setiap kumpulan dan penyertaannya dihadkan kepada 10 kumpulan sahaja.

Peserta dikehendaki menyediakan hidangan berkonsepkan masakan kampung atau tradisional dalam tempoh satu jam 30 minit dengan menggunakan bahan mentah serta peralatan memasak sendiri.

Penganjur turut menitikberatkan aspek kebersihan dan pematuhan halal sepanjang pertandingan berlangsung, selain mewajibkan setiap peserta memakai apron ketika proses penyediaan makanan.

Selain mencungkil bakat dalam bidang masakan, pertandingan itu juga menjadi medium memperkenalkan semula resipi warisan masyarakat Sarawak kepada generasi muda agar terus dipelihara dan diwarisi.

Orang ramai yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh membuat pendaftaran dengan mengimbas kod QR yang disediakan pada poster rasmi program.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Amirah Lakxmie di talian 013-579 1776.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira