ARTIKEL

Murphy menyampaikan hadiah kepada Pasukan Zone SQ.

Pertandingan PUBG Platform Cungkil Bakat E-sukan Belia Luar Bandar – Murphy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Pertandingan Oooohaaa Sarawak PUBG Persatuan Sukan Elektronik (e-sport) Sarawak (SESA) Edisi Bersama PBB Kakus mampu menjadi platform terbaik untuk mencungkil bakat baharu e-sukan dalam kalangan belia luar bandar, kata Penolong Setiausaha I Majlis Tertinggi Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Murphy Nyegang Nelson Mujah.

Beliau berkata penganjuran pertandingan seumpama ini bukan sahaja memberi ruang kepada golongan belia mengembangkan potensi dalam bidang e-sukan, malah menggalakkan mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang positif dan berfaedah.

“Kita mahu lebih ramai belia, khususnya dari Arip, Tatau dan Selangau, menyertai program seperti ini kerana mereka mempunyai potensi besar untuk diketengahkan.

“Dengan peluang, latihan dan bimbingan yang berterusan, tidak mustahil bakat dari kawasan luar bandar mampu mewakili Sarawak dan Malaysia di pentas kebangsaan serta antarabangsa, termasuk Sukan SEA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian hadiah Pertandingan Oooohaaa Sarawak PUBG Persatuan Sukan Elektronik (e-sport) Sarawak (SESA) Edisi Bersama PBB Kakus di Masjid Baharu Daerah Tatau, semalam.

Pertandingan ini menghimpunkan kira-kira 150 peserta dan pengunjung dengan penyertaan 18 pasukan bersaing merebut gelaran juara.

Pasukan Zone SQ muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, manakala Dejavu menduduki tempat kedua dengan hadiah RM600. Pasukan Mdesa pula meraih tempat ketiga dan menerima RM400.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,