ARTIKEL

Screenshot

Pertemuan Mamat, Shuib gamit sejuta kenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETIKA menunaikan ibadah di Tanah Suci, pelawak Mamat Sepah mengenang perpisahannya dengan sahabatnya, Shuib Sepahtu, selepas bertemu secara tidak sengaja.

Menerusi laman Instagram miliknya, Mamat menyifatkan perpisahan sementara tersebut mengajar mereka erti persahabatan.

“Terpisah hanya untuk sementara agar kita faham erti persahabatan.

“Namun, tidak terduga hadir beribadah bersama di sini dengan membawa sejuta kisah,” katanya melalui satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, Mamat turut mendoakan agar rakan-rakannya yang lain berkesempatan untuk menunaikan ibadah di tanah suci.

“Semoga teman-teman yang lain menjadi tetamu istimewa di sini suatu hari nanti, amin,” doanya dalam hantaran tersebut.

Menjengah ruangan komen, Shuib Sepahtu turut mengatakan bahawa persahabatan mereka adalah luar biasa dan mendoakan agar mereka dapat mengekalkan persahabatan mereka sampai ke syurga.

“Cerita kita luar biasa, Allah tulis untuk kita faham apa erti persahabatan.

“Semoga kita bersahabat sampai ke syurga Mat, Alhamdulillah,” katanya. 

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu