ARTIKEL

Sandra (tengah) bersama Siew Ting (dua kanan) dan wakil lain menunjukkan poster publisiti acara GoBald 2024.

Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Sarawak sasar kutipan RM1 juta, anjur GoBald 2024 pada 18 Ogos

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Pertubuhan Kanser Kanak-kanak Sarawak (SCCS) menyeru kepada orang ramai di sini untuk menyokong acara GoBald 2024.

Eksekutif Acara SCCS, Boon Siew Ting, berkata acara tersebut akan berlangsung pada 18 Ogos akan datang dari 9 pagi hingga 2 petang di Ibu Pejabat Grolite di sini.

Menurutnya, pengendali perniagaan kargo, Grolite Group, akan bekerjasama dengan pertubuhannya untuk menganjurkan acara tersebut.

“Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan Grolite.

“Salah satu matlamat utama kempen GoBald adalah untuk mengumpul dana bagi menyediakan penjagaan dan sokongan yang lebih baik buat kanak-kanak untuk melawan kanser dan keluarga mereka.

“Menyokong kanak-kanak menghidap kanser bermaksud berusaha ke arah kesedaran yang lebih tinggi serta mempertingkatkan rawatan dan perkhidmatan sokongan yang lebih baik untuk meningkatkan kadar kelangsungan hidup mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau menggesa orang ramai untuk menyertai acara ini dan membuat perubahan dalam kehidupan kanak-kanak yang menghidap kanser.

Setiap sumbangan, katanya, adalah penting dalam mencapai matlamat kempen keseluruhan untuk mengumpul RM1 juta bagi menyokong anak-anak yang berani ini dan keluarga mereka.

Sementara itu, Pengarah Grolite, Sandra Song, berkata mereka menyasarkan untuk mengumpul RM20,000 bagi menyokong perkhidmatan SCCS, dan juga untuk menyediakan perkhidmatan baharu seperti peralatan perubatan buat pesakit kanser kanak-kanak di Hospital Sibu.

Semasa acara itu, jelasnya, para peserta boleh menikmati pelbagai saringan kesihatan percuma, disokong oleh Farmasi PMG, di mana penderma darah yang berjaya akan mendapat baucar bahan api Shell percuma serta hadiah percuma lain.

Pada tahun lepas, kempen GoBald mengumpul lebih RM900,000 dengan lebih 160 peserta yang mencukur rambut mereka.

Bagi tahun ini, SCCS menyasarkan untuk mengumpul RM1 juta dan mensasarkan 500 peserta tampil mencukur rambut mereka pada acara Gobald itu kelak.

Dana yang diperoleh melalui program ini akan menyokong perbelanjaan operasi tahunan SCCS sebanyak kira-kira RM2 juta, termasuk anggaran RM920,000 untuk bantuan perubatan, yang mana lebih RM630,000 telah pun ditanggung pada tahun ini sahaja.

Bagi menjayakan acara ini, peserta mesti menyumbang sekurang-kurangnya RM50 untuk mencukur kepala mereka dan akan menerima baju-T eksklusif acara tersebut.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di bit.ly/GB24Grolite dan pendaftaran ditutup pada 5 Ogos akan datang.

Syarikat perniagaan atau organisasi yang berminat dengan projek Tanggungjawab Sosial Korporat atau Gobald boleh menghubungi pasukan SCCS di talian 01139276553 atau email em1@sccs.org.my bagi keterangan lanjut.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan