ARTIKEL

ADUN Daro, Safiee Ahmad (kiri), tiba untuk Program Pra-Krismas dan Perasmian MySRBN di Kampung Passin.

Peruntukan RM41.3 juta bagi pembinaan sembilan menara komunikasi baharu di pedalaman Daro

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) memperuntukkan RM41.3 juta bagi pembinaan sembilan lagi menara telekomunikasi baharu untuk kemudahan penduduk di kawasan pedalaman di bawah pentadbiran kawasan DUN Daro.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, berkata kawasan berkenaan ialah Passin, Sawai, Semah, Nanga Lassa, Binjai, Batang Lassa, Sungai Bunut, Stubah, Singat dan Serban.

Sementara itu, katanya, perkhidmatan MySarawak Broadband Network (MySRBN) di kawasan itu juga terus dikembangkan dengan penambahbaikan baharu demi memastikan rakyat menikmati liputan Internet berkelajuan tinggi.

“Bagi pelaksanaan MySRBN untuk kawasan ini (Passin) saja, kerajaan melalui SEDC dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) menyediakan peruntukan sebanyak RM11.2 juta.

“Ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan di bawah pimpinan Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Pra-Krismas dan Perasmian MySRBN di Kampung Passin.

Safiee Ahmad (depan) tiba untuk Program Pra-Krismas dan Perasmian MySRBN di Kampung Passin.

Menurut Safiee, program MySRBN merupakan satu lagi pendekatan Kerajaan Sarawak untuk memperkasakan liputan digital luar bandar.

Katanya, usaha menyediakan liputan Internet yang lebih meluas dan menyeluruh dengan memastikan akses kepada Internet berkelajuan tinggi bagi tujuan pendidikan, ekonomi digital, dan urusan harian masyarakat di kawasan itu.

Pada masa yang sama, ujarnya, inisiatif itu juga menyokong pembangunan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik di kawasan tersebut.

“Kita juga mahu masyarakat luar bandar terlibat sama dalam ekonomi digital kerana sebelum ini, banyak kampung di Sarawak, termasuk di kawasan saya, tidak mempunyai isyarat Internet atau telekomunikasi yang baik.

“Justeru, saya menggalakkan penduduk memanfaatkan peluang itu, kerana pakej bulanan RM20 untuk data 1TB adalah jauh lebih rendah berbanding biasanya dinikmati oleh mereka di kawasan bandar,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU