ARTIKEL

SERAH....Alexander (dua kiri) menyerahkan surat lantikan kepada Pengarah Kerja Raya Sarawak sebagai pengarah projek tersebut.

Peruntukan RM7.2 bilion bagi melaksanakan projek ‘Sabah Sarawak Link Road’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM7.2 bilion bagi mewujudkan jaringan jalan raya untuk penduduk di kawasan utara Sarawak.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata ini melibatkan pelaksanaan projek Sarawak Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2).

“Projek ini juga melibatkan pembinaan baharu dan naik taraf jalan sedia ada sepanjang 322 kilometer dan bakal menghubungkan bandar Lawas, Limbang serta Pekan Mulu tanpa melalui Brunei.

“SSLR2 juga bakal dilaksanakan secara berfasa melalui empat pakej, dijadualkan siap dalam tempoh lima tahun,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) dan pelantikan Pengarah Projek Pelaksanaan SSLR, di Kementerian Kerja Raya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, penularan COVID-19 yang menyaksikan pintu utama pelbagai negara ditutup, termasuk negara bersempadan, telah memberi 1,001 pengajaran kepada Malaysia.

“Bukan itu sahaja, penutupan pintu sempadan negara Brunei yang menyebabkan kawasan utara Sarawak terputus dengan Kuching menyebabkan banyak kesukaran.

Baca lain  Jalan ke Pusat Hidupan Liar Matang ditimbus tanah runtuh

“Ini termasuklah bantuan barangan keperluan penduduk di kawasan utara Sarawak yang terpaksa dihantar melalui negeri Sabah,” tambahnya.

Justeru, disebabkan peristiwa itu, Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan bagi mewujudkan jaringan jalan raya untuk memudahkan penduduk di kawasan utara Sarawak.

BERITA LAIN

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

MAS sudah kembali beroperasi

KUCHING: Malaysia Airlines kini memulakan operasi pengembalian semula penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan

BERITA TERBARU