ARTIKEL

Pesakit buah pinggang teruja dapat bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Bantuan ini dapat meringankan beban keluarga saya. Sebelum ini, keluarga banyak membantu sepanjang proses hemodialisis sejak saya berusia 17 tahun hingga kini,” kongsi Muhd Nur Afiq Rambli, di sini kelmarin.

Pemuda berusia 22 tahun itu berkata, untuk sekali rawatan dia memerlukan kos RM300. “Hasil pendapatan menjalankan perkhidmatan Grab, sedikit sebanyak membantu saya menjalani rawatan,” katanya.

Dia merupakan salah seorang penerima Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang Kerajaan Sarawak daripada 34 individu yang memohon sebelum ini. Muhd Nur-Afiq berkata, bantuan itu juga membolehkan dia tidak menggunakan wang persaraan ibu bapa seperti sebelum ini.

“Saya dapat tahu bantuan yang disediakan ini melalui akhbar dan kemudiannya saya terus melakukan permohonan,” katanya. Bantuan berjumlah RM17, 556 itu disampaikan sendiri oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak  Datuk Seri Fatimah Abdullah di Wisma Kebajikan di sini.

Foto Ghazali Bujang

Fatimah mengumumkan bahawa Kerajaan Sarawak bersetuju menyediakan peruntukan membeli enam mesin hemodialisis baharu untuk KKM bagi membantu pesakit buah pinggang.

Urusan pengedaran mesin tersebut akan diuruskan sepenuhnya oleh perunding nefrologi Hospital Umum Sarawak (SGH) Dr Clare Tan.

“Setiap mesin berharga sekitar RM40,000, jadi harga keseluruhan RM240,000. “Pembelian mesin ini merupakan sebahagian daripada bantuan tambahan di bawah Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang dengan nilai keseluruhan RM4.6 juta,” katanya lagi.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road