ARTIKEL

Pesakit katarak meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Seramai 216 pesakit mata mendaftar diri bagi menyertai Saringan Awal Katarak Betong yang diadakan pada 3 hingga 6 Februari lalu. Penyelaras Program Kelab Lions Kuching Metro Lion Andrew Chioh berkata, program berkenaan adalah kerjasama kelab bersamasama Klinik Katarak Kesihatan Kementerian Malaysia (4KM).

“Terdapat 98 pesakit katarak dan 33 pesakit pterygium (penyakit berkaitan mata) tampil mendaftar tetapi hanya 70 pesakit katarak dan 16 pesakit pterygium yang akan menjalani proses pembedahan. “Perbandingan jumlah pesakit katarak dan pterygium daripada pemeriksaan awal yang lalu nampaknya semakin meningkat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa mengiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Ungguh Embas melawat pesakit yang selamat menjalani pembedahan mata di Kem Katarak Betong, semalam.

Andrew berkata, kos pembedahan untuk seorang pesakit katarak yang menjalani Intraocular Lenses (IOL) ialah RM500, kos pembedahan pesakit pterygium RM200 manakala RM1,000 untuk lima orang pesakit mendapatkan rawatan membalut luka.

Katanya, Douglas Uggah bersetuju untuk menaja 70 kanta IOL untuk 70 pesakit katarak dan 16 pesakit pterygium di Kem Katarak Betong Ke-13. “Setiap hari Klinik 4KM menerima 35 orang pesakit katarak dan lapan orang pesakit pterygium.

Pada 21 Februari lalu, klinik ini berjaya melakukan pembedahan untuk seramai 33 orang pesakit katarak dan lapan orang pesakit pterygium. “Manakala semalam, seramai 35 pesakit katarak dan lapan pesakit pterygium akan menjalani pembedahan,” jelasnya.

Andrew menambah, pada Ogos tahun lalu Douglas Uggah menaja sebanyak 648 IOL kepada 642 pesakit katarak dan 15 pesakit pterygium menjalani pembedahan. Beliau turut mendedahkan majoriti penduduk yang datang ke kem tersebut daripada komuniti Iban dan Melayu.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat