ARTIKEL

Ummi ketika ditemui selepas tamat perlawanan (TVS- Awang Azmil)

Pesilat Malaysia dari Miri Layak Ke Final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Atlet pencak silat negara dari Miri, Ummi Mashitah Hassan, menempah tempat ke pentas final selepas mempamerkan aksi bertenaga dalam saingan separuh akhir yang berlangsung di Impact Arena Muang Thong Thani hari ini.

Menganggap perlawanan tersebut sebagai peluang besar dalam kariernya, pesilat itu menegaskan sasaran jelasnya adalah untuk mara ke final dan memburu pingat emas buat Malaysia.

“Saya anggap ini peluang besar kerana ini antara kejohanan besar pertama saya.

“Sasaran saya memang ke final dan seterusnya emas,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Beliau mengakui berdepan cabaran sengit apabila bertemu wakil Indonesia, yang disifatkan antara pasukan terbaik dunia dalam sukan silat.

“Indonesia memang bukan lawan calang-calang. Mereka antara yang terbaik dalam silat.

“Tapi alhamdulillah, saya berjaya menewaskan mereka,” ujarnya.

Menurutnya, pelan perlawanan yang dirangka jurulatih berjaya dilaksanakan dengan baik sepanjang pertarungan, meskipun berdepan sedikit gangguan kecergasan pada penghujung aksi.

“Apa yang dirancang dan diarahkan jurulatih, saya cuba aplikasikan dan alhamdulillah menjadi.

“Cuma di hujung perlawanan saya sedikit hilang momentum kerana kurang sihat dan cepat penat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau pantas bangkit dengan mematuhi arahan jurulatih, yang disifatkan sangat penting dalam detik-detik akhir perlawanan bagi menutup kemenangan.

Menjelang aksi final, pesilat kelahiran Miri itu yakin mampu kembali berada pada tahap terbaik dan berjanji akan memberikan segalanya demi negara.

“Insya-Allah, saya sudah bersedia untuk final. Saya akan berikan segalanya dan buat yang terbaik untuk Malaysia,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan