ARTIKEL

FRANCIS Harden ketika menerima kunjungan Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2025 diketuai Mahra (empat kanan) di Petra Jaya, semalam.

Pesta Benak Sri Aman 2025 dijangka lebih meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pesta Benak harus dilihat sebagai platform untuk generasi muda mengetengahkan bakat masing-masing serta inovasi tempatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, ia bukan hanya sambutan kebudayaan, tetapi sebuah platform memperkenalkan identiti Sri Aman.

“Dalam masa yang sama menjana peluang ekonomi dan menggalakkan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti.

“Saya amat menekankan kepentingan perancangan menyeluruh melibatkan kerjasama pelbagai agensi, pelibatan masyarakat dan peluang generasi muda untuk mengetengahkan bakat serta inovasi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Induk Pesta Benak Sri Aman 2025 diketuai Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh, yang juga pengerusi jawatankuasa tersebut.

Harden yang juga Penasihat Pesta Benak menegaskan komitmen untuk membantu memperkukuhkan pelaksanaan pesta tahunan itu sebagai satu acara ikonik negeri yang dapat memperkenalkan Sri Aman ke peringkat lebih tinggi.

Terdahulu, Harden diberikan taklimat berkenaan persiapan dan perancangan menyeluruh Pesta Benak Sri Aman 2025 yang dijadualkan berlangsung pada 19, 20 dan 21 September depan.

Turut dimaklumka pelbagai pengisian program termasuk sukan air, persembahan kebudayaan, pameran agensi, jualan usahawan tempatan, aktiviti pendidikan dan pelancongan serta inisiatif digital promosi Sri Aman sebagai destinasi utama Zon Tengah Sarawak.

Pesta Benak merupakan acara tahunan berprestij yang meraikan keunikan fenomena benak di Batang Lupar.

Edisi tahun ini dijangka berlangsung lebih meriah dan inklusif, selaras dengan hasrat menjadikan Sri Aman sebagai hab pelancongan dan pembangunan sosial luar bandar yang dinamik dan lestari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU