ARTIKEL

Pesta durian percuma di Kampung Tuba

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 500 biji buah durian terhidang secara percuma kepada tetamu semasa Pesta Durian Rumah Ngumbang, Kampung Tuba, Pantu, hari ini.

Pesta tersebut anjuran Koperasi Kampung Tuba Simunjan Berhad (KKTSB) dan Milenium Mines Sdn Bhd.

Pengerusi KKTSB Dr Tamoi Janggu berkata, pesta tersebut diadakan buat julung kali sempena Ekopelancongan Wong Radak Kampung Tuba yang ke-10.

“Tujuan kita mengadakan pesta ini adalah untuk meluaskan promosi ekopelancongan dan memperkenalkan buah durian yang berasal dari Kampung Tuba,

“Durian dari kampung ini mempunyai kelebihan serta rasa tersendiri serta dapat bersaing dengan buah durian yang dikomersialkan.

“Pesta seperti ini mungkin pertama kali diadakan di Sarawak bagi kawasan pedalaman,” katanya.

Tambahnya, buah durian dari kampung tersebut memang terkenal di bandar raya Kuching – dijual di kawasan Bandar Baru Samariang selain di Sebuyau, Pendam dan lain-lain.

“Lebih 6,000 biji buah yang dipilih dan berkualiti dihantar keluar ke bandar setiap hari untuk dijual kepada pelanggan semasa musim buah.

“Tempoh musim buah durian sekitar satu bulan, ini bermaksud lebih 180,000 buah akan dikeluar dan dijual ke bandar,” katanya lagi.

Dr Tamoi memberitahu, terdapat kekangan yang dihadapi ketika menghantar buah segar ini terus ke pelanggan iaitu akses jalan yang belum sempurna dan masih dalam pembinaan.

Jelasnya, daripada Kerajaan Sarawak sendiri sudah ada peruntukan sebanyak RM364 juta. Justeru mereka berharap projek membina jalan dapat disiapkan secepat mungkin.

Ujarnya, pembinaan jalan tersebut akan memberi manfaat kepada lebih 10 buah kampung untuk membawa hasil tani mereka.

Dalam pada itu, Dr Tamoi memberitahu pakej musim buah durian ekopelancongan bakal diperkenalkan dan dipromosi pada masa akan datang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,