ARTIKEL

Pesta Kanowit iktiraf pelbagai budaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KANOWIT: Majlis Daerah Kanowit dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kanowit, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) serta Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan menganjurkan Pesta Kanowit 2024.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Aro Dagang berkata, acara-acara kemuncak pesta ini akan diadakan pada 20 hingga 22 September ini.

“Pesta Kanowit yang diadakan sejak tahun 2003 ini adalah selari dengan inisiatif ‘Ini Warisan Kita’ yang diperkenalkan oleh KPN sebagai pengisian utama dalam program ‘flagship’ KPN iaitu Kembara Perpaduan Malaysia Madani.

“Pada kali ini, ia akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik seperti ‘Kanowit RC Boat Challenge, ‘Fun Fair and Trade Fair’, ‘Kanowit Power Boat Race’, jualan rahmah, pameran agensi, Majlis Tradisi (Adat Miring), Majlis Perasmian Kanowit Waterfront dan Ratu Pesta Kanowit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Aaron yang juga Ahli Parlimen Kanowit memberitahu, pesta ini bukan sahaja meraikan sejarah dan tradisi, malah mengiktiraf pelbagai budaya dan sumbangan yang telah membentuk identiti kita.

Jelasnya, dari tarian tradisional hingga makanan tempatan, setiap elemen pesta ini adalah cerminan kekayaan budaya kita yang unik.

“Dengan menghargai kepelbagaian budaya, kita dapat mengukuhkan perpaduan dan keamanan dalam masyarakat kita.

“Mari kita terus memupuk semangat menghargai dan memelihara warisan budaya serta berusaha untuk hidup dalam keharmonian dengan menerima serta menghormati kepelbagaian yang ada,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU