ARTIKEL

Yakub (duduk tiga kiri) bersama yang lain ketika ditemui media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak, di sini, baru-baru ini.

Pesta Kaul Mukah ditunda pada Julai depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Penganjuran Pesta Kaul Mukah 2024 yang dijadualkan berlangsung pada April depan ditunda pada 15 hingga 21 Julai depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi memaklumkan, keputusan sebulat suara dibuat untuk menunda pesta tersebut.

“Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kaul Mukah Bil.2/2024 sebulat suara untuk mengadakan Pesta Kaul Mukah 2024 pada 15 hingga Julai ini.

“Ini adalah bagi menghormati pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak di Bangunan Pentadbiran Baru, di sini.

Bagaimanapun katanya, Kaul Serahang Kakan tetap dilaksanakan secara sederhana bagi menghormati adat dan tradisi Kaum Melanau pada 20 April nanti.

Terdahulu, acara ikonik masyarakat Melanau itu dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 28 April depan.

ADUN Tellian Royston Valentine dan Ahli Jawatankuasa Persekutuan Persatuan Melanau Sarawak turut hadir.

BERITA LAIN

SKS 2026 Betong sasar lebih 100,000 pengunjung

BETONG: Betong bersedia menerima lebih 100,000 pengunjung sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Peringkat Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong, bermula esok hingga Ahad. Tinjauan

BERITA TERBARU

SKS 2026 Betong sasar lebih 100,000 pengunjung

BETONG: Betong bersedia menerima lebih 100,000 pengunjung sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Peringkat Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong, bermula esok hingga Ahad. Tinjauan