ARTIKEL

PESTA Saratok akan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober depan.

Pesta Saratok 2026 dijangka lebih meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pesta Saratok, acara ikonik yang berlangsung di tebingan Sungai Krian dengan pengisian utama regata lumba perahu, bakal diadakan selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Oktober depan.

Bagi memastikan kelancaran penganjuran, sesi libat urus pertama telah diadakan semalam dan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid.

Pada penganjuran edisi 2025, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, bertindak sebagai hos.

Justeru, bagi edisi tahun ini, tanggungjawab sebagai tuan rumah diberikan kepada ADUN Krian, Friday Belik, dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok.

Menurut Friday, amanah untuk menerajui penganjuran Pesta Saratok merupakan satu penghormatan memandangkan acara tersebut mempunyai nilai sejarah yang tinggi serta mendapat sambutan masyarakat sejak turun-temurun.

“Hasrat saya untuk memastikan Pesta Saratok yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober nanti berjalan lancar serta menerima sambutan lebih meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya, khususnya bagi acara sukan air,” katanya selepas mesyuarat persediaan pertama.

FRIDAY dan Mohamad semasa sesi libat urus pertama penganjuran Pesta Saratok 2026.

Jelasnya, beberapa program utama dikenal pasti dan dipersetujui sebagai pengisian acara, termasuk regata yang menjadi tarikan utama pesta berkenaan.

“Selain sukan air, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti fiesta makanan, gerai jualan, pentas kebudayaan dan hiburan, sukan rakyat serta acara half marathon.

“Pengisian tambahan akan dibincangkan dari semasa ke semasa bagi memastikan Pesta Saratok tahun ini tampil lebih meriah dan gempak,” ujarnya.

Pihaknya bersama-sama Pejabat Daerah Saratok akan melakukan penambahbaikan wajar berbanding penganjuran terdahulu.

Turut hadir pada sesi libat urus tersebut ialah ADUN Kalaka Mohamad Duri dan Setiausaha Politik kepada Premier Bell Bernard Aggan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,