ARTIKEL

Pesta Tasik Biru pada 15 Mei ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dijadualkan merasmikan Pesta Tasik Biru pada 15 Mei, jam 9 pagi, bertempat di Pentas Utama, Tasik Biru Resort City.

Pesta yang berlangsung dari 15 hingga 25 Mei ini diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun ke-205 Daerah Bau, Pesta Tasik Biru 2025, dan perasmian Tasik Biru Resort City.

Pelbagai aktiviti menarik berunsurkan kebudayaan, sukan, rekreasi dan penglibatan komuniti telah dirancang.

Antaranya termasuk Karnival Sukan Bau dengan pertandingan badminton, zumba, dan liga bola sepak di Stadium Bau dan sekitar Tasik Biru Resort City.

Pengunjung juga boleh menikmati acara seperti Gawai Bazar Bau, pameran, cabutan bertuah, gerai jualan, pertandingan memasak makanan tradisional, dan pertandingan Miss Tasik Biru.

Turut diadakan Pertandingan Jong Regatta, Bau Bikers Gathering, Pameran 4×4 SAKTA, klinik menyumpit, dan pertandingan mewarna kanak-kanak.
Pesta ini juga akan dimeriahkan dengan pertandingan e-Sport, pertandingan gusti lengan, dan Konsert Rakyat.

Konsert Rakyat pada 17 Mei akan menampilkan artis-artis seperti Baby Shima, Wenny Zhu, dan Wooden Gun.

Orang ramai dijemput untuk hadir beramai-ramai bersama keluarga bagi memeriahkan sambutan ini dan menikmati pelbagai acara menarik sepanjang pesta.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU