ARTIKEL

Petros jamin tiada kekurangan gas berlaku di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (Petros) melalui anak syarikatnya, Petros Niaga Sdn Bhd memberi jaminan bahawa kekurangan bekalan gas petroleum cecair (LPG) tidak akan berlaku di negeri ini.

Petros dalam kenyataan hari ini berkata, syarikat tersebut telah mengambil inisiatif dalam memastikan ketersediaan silinder gas yang boleh dipercayai dan mampu milik mulai Disember ini.

Di samping itu, ia juga bagi memastikan bekalan berterusan kepada isi rumah, peniaga dan pihak industri di Sarawak.

“Syarikat ini telah menyediakan pelan pengurusan pengedar yang komprehensif merentasi rantaian bekalannya dalam memastikan tidak berlakunya kekurangan bekalan yang melibatkan pelbagai sektor di Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu katanya, cabang runcit itu juga merancang untuk menaik taraf kapasiti penyimpanan dalam perkhidmatan mereka serta meningkatkan pengurusan logistik.

“Pelaburan yang dirancang ini menggambarkan komitmen jangka panjang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi bekalan LPG di Sarawak.

“Selain itu, ia juga bagi memastikan penghantaran yang lancar kepada pelanggan,” katanya.

Pada masa yang sama, Petros memberi jaminan kepada pengguna bahawa tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan apabila mereka bertukar daripada silinder LPG lain kepada silinder LPG merah Petros atau Gas Petronas (hijau).

Tambahnya, harga subsidi silinder LPG Petros untuk kegunaan isi rumah dikekalkan kepada RM26.60 sekiranya mengambil sendiri dari pengedar.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU