ARTIKEL

PH patut cermin diri sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pakatan Harapan perlu melihat diri sendiri di depan cermin, kata Datuk Idris Buang kepada Desmond yang mengkritik Ketua Menteri Sarawak kerana enggan melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan atas pandangan mahu mengekalkan Status Quo.

Menurut Ketua Penerangan Parti PBB, sebelum Desmond mengkritik Abang Johari, beliau harus mengkritik parti sendiri mengapa mereka tidak melaksanakan sebarang pilihan raya kerajaan tempatan memandangkan PH lama berkuasa di Selangor dan Pulau Pinang.

“Ketua Penerangan PKR Desmond Kho juga harus mempersoalkan Perdana Menteri Tun Mahathir kerana Tun M sendiri menganggap pilihan raya kerajaan tempatan tersebut hanya akan memecah belahkan rakyat.

“Tanggapan Tun M seiring dngan pandangan penganalisis politik yang percaya bahawa pilihan raya di peringkat mikro seperti itu boleh mengheret isu besar termasuk isu kecil dan perkara remeh,” katanya.

Idris menjelaskan, tidak perlu membuang masa dan wang untuk berkhidmat kepada rakyat hanya untuk memuaskan hati orang ramai seperti Desmond Kho dan PH.

“Mereka mempunyai selera besar untuk pilihan raya, tetapi tidak dapat melaksanakannya setelah menang,” tambahnya.

Misalnya kata Idris, sejak PH mengambil alih pemerintahan mereka gagal menunai janji dan manifesto.

“Selain itu, Desmond juga harus bertanya di mana semua janji PH? Di mana hasil royalti minyak dan gas sebanyak 20 peratus dan bahagian pendapatan 50 peratus dikutip untuk Sarawak?

“Ia sekadar janji yang dibuang dalam bakul sampah,” kata Idris.

Katanya, jika pilihan raya majlis tempatan dilaksanakan masa, wang dan tenaga akan dibazirkan.

Selain itu jelas Idris juga, perkara utama yang Abang Johari sentiasa memberi penekanan adalah penyampaian perkhidmatan untuk rakyat.

“Politik pada tahap tertentu harus diketepikan untuk memberi laluan kepada keperluan kepada rakyat.

“Pilihan raya peringkat negeri dan persekutuan lebih daripada cukup bagi rakyat,” katanya.

Idris turut menasihati Desmond Kho untuk gigit lidah sendiri sebelum cuba mengkritik orang lain.

“GPS benar-benar berjuang untuk Sarawak, kami makan garam dalam politik lebih lama daripada kamu, Desmond,” tegasnya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road