KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) tidak memandang ringan kemunculan beberapa parti baharu, termasuk Parti Wawasan Negara (PWN) dan Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).
Menurut Bernama, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata gabungan itu akan memperhebat usaha mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah mereka.
Beliau berkata rakyat perlu memilih pemimpin yang bersih serta mampu memikirkan masa depan negara.
Fahmi berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Kelantan di sini hari ini.
Mengenai PRN Johor, beliau berkata proses saringan calon PH masih berjalan dan akan diumumkan selepas mendapat persetujuan kepimpinan parti. Hari mengundi ditetapkan pada 11 Julai, manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 27 Jun dan 7 Julai.

