ARTIKEL

HEBAT...Philomena Dexclyn Siar

Philomena, jaguh bina badan wanita kelahiran Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jaguh bina badan negara kelahiran Sarawak, Philomena Dexclyn Siar, 40 mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas pada Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia Ke-55, 2023.

Acara berprestij yang berlangsung di Kathmandu, Nepal semalam menyaksikan anak jati kelahiran Kampung Kakeng, Serian itu mudah mengenepikan dua pencabarnya Nguyen Thi Kim Cuong (Vietnam) ditempat kedua dan Ajaree Tansub (Thailand) ditempat ketiga dalam kategori Fizik Sukan Wanita atas 165 cm.

Kejayaan tersebut sekali gus menamatkan penantian tujuh tahun atlet berpngalaman luas itu sejak pembabitannya dalam sukan berkenaan bermula tahun 2017.

“Saya berasa sangat gembira, kerana akhirnya berjaya mendapat pingat emas untuk pertama kali.

“Kerja keras, latihan yang dijalankan siang dan malam sejak 2017 akhirnya membuahkan kejayaan,” jelas Philomena kepada Arena Suara Sarawak.

Kejayaan Philomena itu menyaksikan beliau merupakan wanita pertama Sarawak mendapat gelaran tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira